Tuesday, July 1, 2008

Thursday, June 26, 2008

Produk Mendapat Pengiktirafan JAKIM

Alhamdulillah saya bersyukur kehadrat ilahi, Pada hari ini selepas saya balik dari Shah Alam untuk urusan meminta subsidi minyak diesel untuk kegunaan lori syarikat, saya telah dikhabarkan berita gembira yang produk mee bagi Cik Siti Sdn Bhd telah mendapatkan pengiktirafan HALAL JAKIM. Saya amat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat usaha beberapa tahun yang lalu untuk mendapatkan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akhirnya Cik Siti Sdn Bhd telah Berjaya mendapatkan status mee kuning yang halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) Selepas kali kedua membuat permohonan, Maka tanpa ragu-ragu lagi kami akan bergerak dan berusaha dengan lebih yakin dan mempunyai keazaman untuk bergerak lebih baik dan bersepadu bagi mencapai wawasan yang ditetapkan. Seiringan dengan misi yang memberikan kami masa untuk membesarkan lagi rangkaian pemasaran bagi jenama Cik Siti ini. Kami mengharapkan para pengguna sediada atau pengguna yang baru mencuba produk kami selepas ini tidak lagi was-was terhadap produk cik siti. Semestinya produk yang keluaran yang berkualiti dan halal di samping memastikan ia tidak memberi kesan yang buruk kepada pengguna. Maka pilihlah produk keluaran Bumiputera Islam yang Halal, Suci dan Lazat.

Friday, June 20, 2008

Mee Kuning Cik Siti

Produk Mee Kuning yang dikeluarkan Cik Siti Sdn Bhd adalah bebas daripada e-coli. Ini berdasarkan kepada kajian makanan yang dilakukan oleh Permulab dengan mengambil sampel daripada kilang mee Cik Siti. Kajian ini penting bagi menjamin mee yang dikeluaran cik siti menepati piawaian makanan yang ditetapkan. Kami telah mengambil langkah ini kerana kami ingin menjaga kualiti dan pemnawaran produk yang boleh memenuhi permintaan di pasaran. Jika dilihat mee kuning lain yang tahan lam sehingga seminggu walaupun tidak disimpan dalam peti ais sememangnya mee tersebut mempunyai tahap kandung bahan kimia atau bahan pengawet yang tinggi membolehkan mee bertahan lama.

Maka perlulah untuk menjaga kualiti mee kami ini disarankan kepada pengguna menyimpan di tempat yang sejuk dan dingin. Kebiasaan mee yang tidak mempunyai bahan pengawet hanya beberapa hari sahaja. Ia juga bergantung kepada kualiti semasa proses pembuatan mee tersebut. Fakta yang saya perolehi Isu Penggunaan Asid Borik dalam mee kuning daripada website : myhalal

Oleh yang demikian wajarlah bagi pengguna atau pelanggan yang ingin kepada produk yang diyakini bersih, lazat dan halal bagi menjamin kesihatan diri kita semua. Insyallah!!